mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

PERKAMPUNGAN KRAF DIRAJA TUNKU AZIZAH

Bermula 1 Februari 2025, Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah di Pulau Keladi telah mula beroperasi untuk kunjungan orang ramai!

Nikmati pengalaman istimewa melawat Rumah Tradisional Serambi Pahang, Rumah Kelahiran Tun Abdul Razak, Balai Permaisuri 1 & 2, Kedai Muzium, Che Minah Sayang, serta Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja.

Saksikan sendiri cara penghasilan tenun Pahang Diraja dan dapatkan cenderamata eksklusif yang dihasilkan daripada kain tenun! Anda juga boleh menempah kain tenun khas untuk kegunaan peribadi.

Jemput hadir dan alami sendiri pengalaman istimewa mengenali seni tenunan Pahang Diraja bersama sejarahnya yang tersendiri.

Google Maps:

https://g.co/kgs/kWs7zVP

Rumah Tradisional Seranbi Pahang

Rumah Kelahiran Tun Abdul Razak

Balai Permaisuri I

Balai Permaisuri II

Kedai Muzium

Che Minah Sayang

Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja

Muzium Pahang

#thisispahang#visitpahang#tahunmelawatmalaysia2026#VisitMalaysia2026